Laman Web Rasmi Hospital Tuaran (https://htuaran.moh.gov.my)

Sihat Dan Berkualiti

Visi, Misi, Objektif dan Piagam Pelanggan Hospital Tuaran

Category : Profil Jabatan




VISI
Hospital Tuaran ke arah Fasiliti Kesihatan Perubatan yang cemerlang.

MISI
Hospital Tuaran akan berusaha meringankan :-
Keupayaan perawatan dengan khidmat pakar;
Kualiti perkhidmatan melalui teknologi terkini dan inovatif;
Pembangunan infrastruktur yang kondusif dan mesra pelanggan.

Menjadi hospital sokongan kepada Hospital Pakar Major.

OBJEKTIF
Mengamalkan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisme;
Meningkatkan kualiti penjagaan dan rawatan melalui kemahiran dan pengetahuan terkini secara berterusan.

PIAGAM PELANGGAN
Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.
Keutamaan akan kami berikan kepada Kes Kritikal dan Separa Kritikal di Jabatan Kecemasan dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :-
Semua Kes Kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta-merta;
Semua Kes Separa Kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15 minit;
Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit.

Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dalam tempoh 90 minit masa menunggu.
Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak berumur dibawah 1 tahun, ibu hamil, warga emas, pesara Kerajaan, kakitangan awam, dan orang kelainan upaya (OKU).
Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit, perawatan dan kos rawatan.
Kerahsiaan maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.
Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.
Mengurus kemasukan pesakit ke wad dalam tempoh 4 jam setelah keputusan dibuat bergantung kepada kekosongan katil.