Hospital TuaranHospital Tuaran

Hospital Tuaran

Sihat dan Berkualiti

Piagam Pelanggan  3884 reads

Kami berjanji untuk memberikan perkhidmatan secara profesional, selamat, mesra, penyayang dan berkualiti.

1.  Keutamaan akan kami berikan kepada Kes Kritikal dan Separa Kritikal di Jabatan Kecemasan Dan Trauma dengan masa menunggu seperti berikut :

a.  Semua Kes Kritikal (Zon Merah) dirawat dengan serta merta;

b.  Semua Kes Separa Kritikal (Zon Kuning) dirawat dalam masa 15 minit;

c.  Lain-lain kes (Zon Hijau) akan dilihat mengikut keutamaan keadaan pesakit.

2.  Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar dan Klinik Pakar akan diberikan mengikut giliran dan/atau keadaan pesakit.  Keutamaan akan diberikan kepada kanak-kanak, ibu hamil, warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

3.  Maklumat akan diberikan kepada pelanggan berkenaan penyakit dan perawatan.

4.  Kerahsiaan  maklumat peribadi, penyakit dan perawatan yang diberikan kepada pesakit adalah dijamin.

5.  Kemudahan dan persekitaran yang bersih, selesa dan selamat disediakan.

Print article