Hospital TuaranHospital Tuaran

Hospital Tuaran

Sihat dan Berkualiti

Perutusan Ketua Jabatan  6568 reads

Pengarah 2

PENGARAH HOSPITAL TUARAN

 

Selamat Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

           

             Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada Unit Teknologi Maklumat (ICT) Hospital Tuaran kerana telah berjaya menghasilkan Laman Web Rasmi Hospital Tuaran, media dan saluran informasi hospital kepada orang awam. Ucapan ini saya juga tujukan kepada Unit Teknologi Maklumat (ICT) Ibupejabat Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang telah banyak membantu secara tidak langsung dalam menjayakan penghasilan Laman Web ini. 

 

            Saya berharap dengan terhasilnya saluran informasi ini secara tidak langsung akan dapat membantu kami untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang terkini kepada anggota kami dan juga orang awam khasnya.

 

          Saya juga berharap agar semua maklumat dan informasi yang terdapat di dalam Laman Web ini dapat memberikan manfaat dan faedah yang berguna kepada semua pihak pada masa akan datang. 

 

             Akhir sekali saya ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Unit Teknologi Maklumat (ICT) dan Jawatankuasa ICT Hospital Tuaran diatas komitmen dan usaha mereka dalam menjayakan penerbitan Laman Web ini. Teruskan usaha untuk menyalurkan informasi dan maklumat-maklumat yang terkini dan tepat kepada orang awam agar lebih yakin dengan perkhidmatan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia khasnya Hospital Tuaran.

 

Sekian, terima kasih.

" DO NOT TELL THE WORLD, WHAT YOU CAN DO, SHOW IT "

 

DR. G. MOHAN A/L GOPAL NAIDOO

Pengarah Hospital Tuaran

Print article