Hospital TuaranHospital Tuaran

Hospital Tuaran

Sihat dan Berkualiti

Unit Rekod Perubatan  255 reads

UNIT REKOD PERUBATAN





PENGENALAN
- Unit Rekod Perubatan (URP) diwujudkan sebagai pusat statistik hospital, pengurusan rekod perubatan pesakit, pengurusan laporan perubatan dan pengurusan lembaga perubatan.



VISI
- Menjadikan Unit Rekod Perubatan sebagai pusat maklumat dan dokumentasi kesihatan yang cemerlang.



MISI
-Menyediakan perkhidmatan Sistem Maklumat Pengurusan Kesihatan / Health Information Management (SMPK/HIMS) dan Pengurusan Rekod Perubatan Pesakit (RPP) yang efisien dan tepat melalui amalan profesionalisma, kerja berpasukan mesra pelanggan dan penggunaan teknologi maklumat untuk memenuhi kehendak pelanggan.



OBJEKTIF
- Mengurus rekod perubatan pesakit dengan teratur dan selamat.
- Menyediakan statistik yang tepat.
- Menyediakan maklumat kesihatan dalam tempoh yang ditetapkan.



MASA OPERASI
Pengurusan Unit Rekod Perubatan Hanya Beroperasi Dalam Masa Pejabat:-
ISNIN - KHAMIS
8.00 Pagi Hingga 1.00 Petang
2.00 Petang Hingga 5.00 Petang

JUMAAT
8.00 Pagi Hingga 11.30 Pagi
2.00 Petang Hingga 5.00 Petang

TUTUP
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am.



PIAGAM PELANGGAN
1. Kami menjamin layanan yang mesra dan sentiasa bersedia membantu apabila anda berurusan dengan kami dan juga apabila anda membuat aduan tentang perkhidmatan kami.
2. Semua permohonan laporan perubatan yang dipohon akan diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarkhbayaran dilakukan. Hanya permohonan dari pihak polis untuk tujuan penyiasatan tidak dikenakan bayaran.
3. Memastikan rekod perubatan pesakit dalam filem X-Ray disimpan dengan selamat.
4. Maklumat-maklumat terkandung dalam rekos perubatan pesakit akan dirahsiakan.



LOKASI
Unit Rekod Perubatan terletak di Aras 1, Hospital Tuaran Fasa II



BILANGAN KAKITANGAN
7 Orang


1) BAHAGIAN PENGURUSAN STATISTIK DAN MAKLUMAT KESIHATAN.
Pengumpulan Data
URP bertanggungjawab sabagai penyelaras data statistik kesihatan yang diperlukan oleh hospital, Jabtan Kesihatan Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia.URP mengumpul data bagi:
i) Pesakit Dalam(PL)
ii) Pesakit Luar (PL) - Jabatan Kecemasan dan Trauma / Klinik Pakar / Jabatan Pesakit Luar
iii) Rawatan Harian
iv) Unit-unit Sokongan Klinikal
v) Lain-lain laporan yang berkaitan dari masa ke semasa menurut arahan yang dikeluarkan.

2) BAHAGIAN PENGURUSAN REKOD PERUBATAN PESAKIT
Pengurusan RPP
i. Sistem penyimpanan RPP diadakan bagi memudahkan penyimpanan dan pengesanan RPP. Sistem penyimpanan adalah di bawah kawalan atau pemantauan URP walaupun RPP tersebut masih disimpan di klinik masing-masing.
ii. RPP yang aktif akan disimpan di bilik simpanan utama.
iii. RPP yang tidak aktif boleh diasingkan ke stor sekunder dan kemudiannya dilupuskan mengikut tempoh Jadual Pelupusan RPP KKM.
iv. Minta kelulusan pengarah terlebih dahulu bagi pinjaman RPP bagi tujuan akademik atau kajian.
v. Kakitangan rekod perubatan juga mengesan dan mencari rekod perubatan pesakit pada selepas waktu pejabat, hujung minggu dan cuti am, apabila pegawai perubatan memaklumkan sangat memerlukan RPP bagi kes-kes kritikal sahaja.
vi. URP bertanggungjawab memantau semua pergerakan RPP di hospital bagi memastikan keselamatan dan kerahsiaan RPP terpelihara . RPP perlu dikemukakan ke URP sebelum dhantar ke tempat lain.
vii. RPP yang diminta melalui perintah pihak Mahkamah bole dikeluarkan atas arahan Pengarah Hospital.

Pemantauan Rekod Perubatan Pesakit
i. Sistem pemantauan RPP akan dibuat oleh URP bagi mengesan rekod perubatan yang telah dipinjam dan memastikan prosedur peminjaman dan pemulangan rekod hendaklah dipatuhi.
iiRPP hanya boleh dibuat salinan dengan kebenaran (bertulis) daripada Pengarah Hospital.



Pelupusan Rekod Perubatan Pesakit
RPP akan dilupuskan mengikut kaedah dan prosedur yang ditetapkan oleh hospital berdasarkan Jadual Pelupusan Rekod Perubatan 2016 di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia.



3) BAHAGIAN PENGURUSAN LAPORAN PERUBATAN
Berdasarkan Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil 16/2010 Garis Panduan Penyediaan Laporan Perubatan Hospital-Hospital dan Institusi Perubatan.

Memproses semua bentuk laporan perubatan.
a. Laporan Insuran / Laporan Biasa
b. Laporan Kes-Kes Medico-Legal

Menyelaras Penubuhan Lembaga Perubatan



LAPORAN PERUBATAN BIASA (BUKAN KES MEDICO-LEGAL)
Jenis laporan yang diperlukan:
1. Tuntutan Insuran / Laporan Biasa / Kes Medico-Legal
Jangka Masa: 4 Minggu

Insuran Persendirian / Borang Jabatan Buruh

-Sila bawa bersama borang insuran / surat permohonan daripada syarikat insuran anda.
-Sila pastikan nombor kad pengenalan baru dan lama (jika ada) dicatitkan dalam surat insuran berkenaan.
-Sila bawa bersama surat keizinan pesakit (Blanket Consent tidak diterima - Pekeliling Bhg. Perkembangan Perubatan Bil.(41)dlm.KKM-87(P20/512)(Bhg.3-01.11.2004), ringkasan discaj dan juga surat temu janji rawatan susulan.
-Sila bawa bersama salinan sijil nikah permohonan (bukti pertalian keluarga).



2. PERKESO (SOCSO)
- Pastikan majikan telah memaklumkan pihak PERKESO mengenai kemalangan tersebut (isi borang makluman kemalangan dari PERKESO). Bawa bersama surat permohonan laporan perubatan dari PERKESO iaitu Borang PKS (6).
- Bawa bersama surat keizinan pesakit, ringkaskan discaj dan juga surat temu janji rawatan susulan.



MAKLUMAT MENGENAI PEMBAYARAN
(Berdasarkan Akta Fee 1982 dan pekeliling Kementerian Kesihatan Kesihatan Malaysia (054)dlm.KKM/203/28 Jilid 2-26.12.2000).

PENGECUALIAN PEMBAYARAN
1. Permohonan bagi kes polis.
2. Permohonan dari Jabatan Kerajaan untuk tujuan perkhidmatan.
3. KWSP dengan surat sokongan dari Jabatan Kebajikan
4. Jabatan Kerajaan (untuk tujuan pentadbiran
5. Borang BAT F117 untuk tentera beserta surat pengesahan dari pegawai pemerintah.
6. Pesakit dengan surat akuan kebajikan masyarakat dari Jabatan Kebajikan (JKM).
7. Pihak polis perlu mengemukakan permohonan dari Ketua Polis Daerah / Negeri untuk mendapatkan Salinan Laporan yang pernah dikeluarkan sebelumnya.



BAYARAN BALIK LAPORAN PERUBATAN
Semua bayaran balik Laporan Perubatan yang disediakan oleh Pegawai Perubatan dan Pakar akan diuruskan oleh Unit Hasil Hospital Tuaran.



TEMPOH MASA PENYEDIAAN LAPORAN PERUBATAN
i. Laporan Perubatan hendaklah disiapkann awal dan tidak melebihi tempoh masa yang ditetapkan iaitu:
Hospital Negeri : 4 minggu / 28 hari (Tidak termasuk cuti umum).
Hospital Berpakar : 2 minggu / 14 hari (Tidak termasuk cuti umum).
Hospital Tanpa Pakar : 2 minggu / 14 hari (Tidak termasuk cuti umum).

ii. Permohonan Laporan Perubatan yang lengkap akan disiapkan oleh Pegawai Perubatan yang berkenaan dalam tempoh 2 minggu (bagi Hospital Tanpa Pakar) tidak termasuk cuti umum (Sabtu & Ahad) dan cuti am (Public Holiday) serta tidak termasuk Laporan Perubatan Pakar Terperinci, Laporan Bedah Siasat *(Post Mortem) dan Laporan Penjelasan.

* Penyediaan Laporan Bedah Siasat dalam tempoh 8 minggu bergantung pada kerumitan.
Print article