Hospital TuaranHospital Tuaran

Hospital Tuaran

Sihat dan Berkualiti

Wad Perubatan Am Lelaki  175 reads

WAD PERUBATAN AM LELAKI

PENGENALAN WAD
Wad Lelaki terletak di bangunan Hospital Tuaran Fasa II, Aras 2 bersebelahan dengan Wad Perempuan dan berhadapan dengan Unit Patologi dan Transfusi Darah. Wad Lelaki ini dikenali sebagai Wad Kenanga 2B serta mempunyai 20 katil termasuk Isolation 2 katil.


OBJEKTIF
Memastikan kesesuaian, kecekapan dan perawatan yang erkualiti dengan penekanan kepada pendidikan dan promosi kesihatan untuk rawatan berterusan supaya dapat mengekalkan serta menjalankan gaya hidup yang sihat.


VISI
Setiap pesakit sentiasa mendapatkan perkhidmatan yang berkualiti dan semua anggota turut melibatkan diri dalam penjagaan kesihatan ke arah pembentukan masyarakat sejahtera.


MISI
Merealisasikan visi wad melalui pelbagaii jenis perkhidmatan perubatan yang berorientasikan pesakit dan warga kerja yang mengamalkan budaya kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisme.


PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, bertimbang rasa, sopan, jujur dan ikhlas.
- Selepas tiba di wad pesakit, pihak keluarga akan diberikan maklumbalas sewajarnya berkenaan peraturan kemasukan di wad.
- Setiap pesakit akan ditempatkan di katil dalam masa 15 minit.
- Setiap pesakit akan diperiksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 25 minit.
- Setiap pesakit akan diberi jaminan bahawa kehormatan seseorang pesakit akan dijaga sepanjang rawatan dijalankan, segala maklumat mengenai penyakit serta perawatan akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu degan keizinan pesakit dan tertakluk kepada undang-undang.
- Setiap pesakit akan diberi penerangan yang jelas mengenai proses dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan lain.


SKOP PERKHIDMATAN
-Fungsi utama adalah memberi keperluan penilaian diagnose rawatan jagaan perawatan dan rehabilitasi pesakit lelaki yang berumur 12 tahun dan ke atas.
-Menyediakan perawatan pesakit multidispilin merangkumi kes medical, surgical, orthopaedik dan penyakit berjangkit.
-Perkhidmatan beroperasi 24 jam sehari.
-Menyediakan anggota berpengetahuan sebagai pengiring pesakit dalam Perkhidmatan Ambulans bagi kes yang dirujuk ke hospital lain.
-Memberi pendidikan dan promosi kesihatan melalui ceramah kesihatan, risalah dan sebagainya semasa pesakit di wad belum discharge.
-Pemantauan dan penilaian terhadap kualiti dan mutu perkhidmatan yang diberikan Syarikat Konsesi dan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan iaitu:-
i)Perkhidmatan CLS
ii)Perkhidmatan CWMS
iii)Perkhidmatan LLS
iv)Perkhidmatan FEMS
v)Perkhidmatan BEMS
Print article