Hospital TuaranHospital Tuaran

Hospital Tuaran

Sihat dan Berkualiti

Unit Teknologi Maklumat (ICT)  272 reads

UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT(ICT)

OBJEKTIF
-Melakukan kajian alternatif pengurangan penggunaan kertas yang berterusan.
-Memastikan setiap anggota Hospital Tuaran hadir sekurang-kurangnya satu kursus ICT dalam setahun.
-Melakukan kajian kertas kerja dan carian maklumat terkini serta sistem penyelenggaraan ICT yang baik.


VISI
-Menjadikan semua kakitangan Hospital Tuaran celik IT.
-Mempunyai sistem yang memaksimakan penggunaan teknologi dalam kerja seharian.



MISI
-Penggunaan kertas yang minima dalam budaya kerjaya seharian.
-Latihan ICT yang menyeluruh dan berterusan kepada semua kakitangan Hospital Tuaran.
-Memastikan sistem dan peralatan ICT Hospital Tuaran mencukupi, diselenggara dan terkini.



PIAGAM PELANGGAN
-Memberi maklumbalas awal dalm masa DUA (2) JAM bagi sebarang aduan / masalah ICT yang diterima daripada pengadu.
-Mengambil tindakan pembaikan dalam tempoh asa DUA (2) HARI bagi aduan ICT yang tidak melibatkan sebarang penggantian peralatan dan DUA (2) MINGGU bagi aduan yang memerlukan penggantan peralatan.
-Memastikan khidmat rangkaian 1Gov*net berfungsi 24 JAM tanpa sebarang masalah.
-Memastikan khidmat rangkaian Aplikasi Kerajaan Elektronik dan projek-projek ICT KKM oleh anggota Hospital Tuaran dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
-Memastikan kandungan Laman Web Rasmi Hospital Tuaran sentiasa dikemaskini.



KAKITANGAN UNIT ICT
-David Dominicus
(Penolong Pegawai Teknologi Maklumat FA29)
-Fredolin Andrew Sipail
(Juruteknik Komputer FT19)



TUGAS DAN PERANAN UNIT ICT
-Penyediaan infrastruktur, perkakasan dan perisisan ICT di Hospital Tuaran.
-Memastikan penggunaan perisian dan perkakasan ICT, sistem dan aplikasi kerajaan elektronik, rangkaian LAN dan Internet di Hospital Tuaran dapat digunakan tanpa sebarang masalah.
-Memberi khidmat sokongan pengguna di Hospital Tuaran untuk sebarang masalah berkaitan Teknologi Maklumat.
-Menyelaras dan memastikan pengurusan, perolehan dan pelupusan aset ICT yang teratur.
-Memantau agensi atau vendor yang dilantik untuk melaksana sebarang kerja atau projek ICT di Hospital Tuaran melakukannya dengan baik.
-Memberi taklimat dan kursus kepada anggota Hospital Tuaran dalam bidang ICT.
-Menyelaras dan memantau penggunaan emel Kerajaan(1GovUC) oleh kakitangan Hospital Tuaran.
-Menyearas dan menyelenggara Laman Web Rasmi Hospital Tuaran.
-Membangun dan menyelenggara sistem aplikasi sebagai media perkhidmatan atas talian (online) dan kelancaran operasi di Hospital Tuaran.

Print article