
 Hospital Tuaran
Sihat dan Berkualiti
- Informasi
- Maklumat Unit
- Bahagian Sokongan Klinikal
- Unit Kerja Sosial Perubatan
UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN HOSPITAL TUARAN
OBJEKTIF - Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
- Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
- Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khdimat terapi sokongan.
VISI Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik. MISI Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan. PIAGAM PELANGGAN - Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, sama-rata mengikut giliran, mesra, bertimbang rasa, penuh hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
- Setiap pelanggan akan diberi bantuan yang sewajarnya mengikut keperluan dan kelayakan secara adil dan saksama.
- Memberi perkhidmatan secara telus dan professional.
- Menjaga kehormatan dan kerahsiaan para pelanggan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya atau tertakluk kepada undang-undang.
- Masa tindakbalas awal rujukan pesakit bagi perkhidmatan kerja sosial perubatan adalah dalam tempoh dua hari bekerja.
FUNGSI DAN PERANAN 1) Memberi Perkhidmatan Biopsikososial dan Kaunseling Kerja Sosial kepada pelanggan melalui teknik dan metodologi kaunseling kerja sosial serta Akta dan Undang-undang Sosial yang berkaitan (Contoh: Akta Keganasan Rumahtangga 1994, Akta Kanak-kanak 2001). 2) Memberi Perkhidmatan Pemulihan dan Pencegahan Sosial memberi tumpuan kepada keperluan sokongan pemulihan daripada kecederaan/penyakit dimana bantuan peralatan seperti kerusi roda, cermin mata, cruthes, kaki palsu, pendidikan atau latihan khas dan sebagainya sesuai dengan batas keupayaan pesakit. ‘Discharge Planning’ juga dikendalikan bagi kes-kes warga tua, pesakit yang tidak mempunyai keluarga/diabaikan oleh keluarga, kes kematian dan sebagainya. 3) Memberi Perkhidmatan Kebajikan Am tertumpu kepada penilaian sosio ekonomi dan Bantuan Kebajikan bagi pelbagai masalah kewangan, penginapan, urusan rawatan dan sebagainya dan melibatkan pengurusan pesakit bagi memudahkan rancangan rawatan lanjut di luar Hospital. CARTA ORGANISASI UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN
|