Hospital TuaranHospital Tuaran

Hospital Tuaran

Sihat dan Berkualiti

Unit Farmasi  6363 reads

UNIT FARMASI 

OBJEKTIF
1. Memastikan bekalan farmaseutikal dan alat-alat perubatan adalah berkualiti, selamat dan berkesan dalam rawatan serta penjagaan pesakit.
2. Menyediakan perkhidmatan farmasi yang efisien dan berkesan sejajar dengan program penjagaan pesakit.

VISI
Menyediakan perkhidmatan farmasi yang terbaik untuk kesihatan serta kesejahteraan rakyat dan negara.

MISI
Ke arah perkhidmatan farmasi yang dinamik dengan mengutamakan konsep integriti, profesionalisme dan kecemerlangan sejajar dengan aspirasi dan cabaran negara.

PIAGAM PELANGGAN
1. Setiap pelanggan akan dilayan secara profesional tanpa mengira keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
2. Memastikan ubat-ubatan dibekalkan kepada pelanggan dalam masa 30 minit.
3. Semua pelanggan layak menyertai Program Sistem Temujanji Farmasi atau Pharmacy Appointment System (PhAS) yang ditawarkan iaitu SMS & AMBIL untuk mendapatkan bekalan ubat susulan.

FUNGSI DAN PERANAN
1. Mendispens (membekalkan) ubat-ubatan yang dipreskrib oleh preskriber kepada pesakit luar.
2. Membekalkan ubat preskripsi susulan dengan cara yang inovatif dan menjimatkan masa iaitu Sistem Kad Temujanji, SMS dan AMBIL dan Come Back Later(CBL).
3. Membekalkan ubat pesakit dari fasiliti lain di Hospital Tuaran melalui Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB).
4. Membekalkan ubat dan alat perubatan kepada kepada unit/wad.
5. Memberikan khidmat nasihat serta kaunseling ubat-ubatan.

OBJEKTIF KUALITI
1. 100% preskripsi disaring oleh Pegawai Farmasi/Penolong Pegawai Farmasi untuk memastikan kesilapan pemberian ubat adalah sifar.
2. 95% preskripsi farmasi pesakit luar didispens dalam masa tidak melebihi 30 minit.

PERJAWATAN


Print article