Hospital TuaranHospital Tuaran

Hospital Tuaran

Sihat dan Berkualiti

Unit Kewangan  3957 reads

UNIT KEWANGAN


OBJEKTIF
  • Memberi sokongan kewangan dalam melaksanakan semua aktiviti dalaman dan luaran yang dijalankan oleh jabatan
  • Bertanggungjawab melaksanakan kawalan ke atas Pengurusan Kewangan Jabatan bag memastikan Peruntukan Kewangan dibelanjakan dengan berhemat berlandaskan Tatacara Kewangan yang betul dan teratur
  • Menentukan semua urusan Pembayaran Emolumen, Bil/Inbois dan Tuntutan dilaksanakan dengan tepat, betul dan teratur mengikut peraturan serta Prosedur Kewangan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan, Surat Arahan Akauntan Negara, Pekeliling Perbendaharaan, Arahan Perbendaharaan, Surat Arahan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kementerian Kesihatan Malaysia


PIAGAM PELANGGAN
Kami di Unit Kewangan akan berusaha sedaya upaya untuk memberi layanan dan perkhidmatan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, bersopan santun, berintegreti, efisien, berkualiti dan memuaskan kepada semua pelanggan dalaman dan luaran mengikut standard yang telah ditetapkan seperti berikut :-
  • Menyelesaikan semua urusan bayaran dalam tempoh 7 hingga 14 hari
  • Memproses dan meluluskan pelbagai tuntuan dalam tempoh 2 hari
  • Memproses dan meluluskan permohonan Waran Udara dan Pesanan Kerajaan dalam tempoh 2 hari
  • Memproses gaji kakitangan baru mengikut jadual gaji bulan berkenaan
  • Menyedia dan memproses perubahan gaji dalam tempoh 2 hari


PERKHIDMATAN
Mengurus semua jenis bayaran :-
  • Emolumen
  • Elaun Lebih Masa
  • ElaunKerja Luar Waktu Bekerja Biasa (EKLWBB>
  • Elaun Pakaian Seragam dan Kasut Anggota
  • Data Pembayaran Gaji, Slip Gaji, Payroll Gaji dan Lain-Lain Potongan
  • Bil atau Invois
  • Tuntutan Perjalanan
  • Tuntutan Pertukaran
  • Tuntutan Pindah Rumah
  • Menyediakan Pesanan Kerajaan (LPO)
  • Menyediakan Laporan Perbelanjaan


Print article