Laman Web Rasmi Hospital Tuaran (https://htuaran.moh.gov.my)

Sihat Dan Berkualiti

Majlis Sambutan NewMasPongGongXi 2014

Category : Berita Terkini

Pihak Pengurusan Hospital Tuaran akan menganjurkan majlis 4 dalam 1 iaitu NewMasPongKongsi yang membawa maksud 'New' (Tahun Baharu), 'Mas' (Krismas), 'Pong' (Pongal) dan 'GongXi' (Tahun Baharu Cina).

Antara acara yang akan dijalankan pada masa itu adalah Pertandingan Ratu Fesyen 1 Malaysia Dewasa dan kanak-Kanak, Pertandingan Karaoke, Persembahan Tarian, Persembahan Karoling, Pemilihan King & Queen dan sebagainya.

Majlis Sambutan NewMasPongKongsi 2014 anjuran Hospital Tuaran ini akan diadakan pada 28 Januari 2014 jam 7:00 malam dan  dijangka akan dirasmikan oleh Y.B. Datuk Joniston Bangkuai, ADUN N.11 Kiulu.