Hospital TuaranHospital Tuaran

Hospital Tuaran

Sihat dan Berkualiti

Perhimpunan Pagi Khas Sempena Kempen Nafas Baru Bulan Ramadhan 2013  Berita Terkini  10.07.2013  1009 reads

Pihak Pengurusan dan Unit Promosi Hospital Tuaran akan menganjurkan Perhimpunan Pagi Khas Sempena Kempen Berhenti Merokok Nafas Baru Bulan Ramadhan Peringkat Hospital Tuaran pada 12 Julai 2013 yang dijangka akan dirasmikan oleh Y.Bhg. Puan Tah Nia Binti Jaman, Pegawai Pelajaran Daerah Tuaran.

Beberapa buah sekolah juga telah dijemput untuk menghantar sejumlah murid-murid untuk menghadiri majlis ini di mana kempen ini adalah khusus diadakan kepada remaja-remaja yang masih bersekolah amnya dan masyarakat setempat secara umumnya.  Antara sekolah-sekolah yang terlibat adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Badin Tuaran, Sekolah Menengah St. John Tuaran, Sekolah Menengah Kebangsaan Tamparuli dan beberapa buah sekolah lagi sekitar Daerah Tuaran.

Print article