Objektif, Visi dan Misi
Kategori : Profil Jabatan

VISI

Hospital Tuaran sebagai sebuah institusi kesihatan yang mampu menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cemerlang secara berterusan kepada semua golongan masyarakat.


MISI

Sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan memantapkan kepakaran dan mengoptimumkan penggunaan sumber manusia dalam bidang masing-masing, serta amalan budaya korporat.

Mewujudkan suasana persekitaran kerja yang kondusif dan selamat dan melengkapkan segala kemudahan bersesuaian dengan teknologi terkini yang mampu diperolehi demi mencapai status kesihatan yang optima dan kehidupan yang cemerlang kepada semua golongan masyarakat.


OBJEKTIF

Memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti kepada semua golongan masyarakat untuk mencapai tahap kesihatan yang optima, secara adil dan saksama, dengan menggunakan segala kemudahan dan teknologi yang ada, dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti sumber manusia dengan mengamalkan budaya kerja yang berlandaskan kepada nilai-nilai budaya korporat ke arah kecemerlangan kesihatan.