Laman Web Rasmi Hospital Tuaran | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pautan

Kod QR

Klik / Imbas Gambar

FacebookFeed

Pengenalan

PENGENALAN DAERAH TUARAN

Daerah Tuaran terletak di bahagian persisir Pantai Barat Negeri Sabah, menuju ke Bahagian Pantai Barat Utara negeri dari Bandaraya Kota Kinabalu. Ia merangkumi empat daerah kecil iaitu Tuaran, Tamparuli, Tenghilan, dan Kiulu dengan keluasan keseluruhannya seluas 1166 km persegi dan jumlah penduduk seramai lebih dari 126,000 orang (anggaran pada tahun 2011 melalui laman web Pejabat Daerah Tuaran).

Tiga suku kaum utama yang menetap di daerah ini ialah kaum Kadazan Dusun, Bajau dan Cina. Manakala pekerjaan utama penduduk ialah petani, nelayan dan peniaga. Asal-usul perkataan Tuaran dikatakan berasal daripada perkataan “Tawaran” di mana pada suatu ketika dahulu penduduk yang terdiri daripada pelbagai kaum membuat pertukaran hasil tani dan laut dengan lain-lain hasil pada hari tamu secara tawar-menawar (Barter Trade). Lama-kelamaan perkataan “Tawaran” telah bertukar menjadi “Tuaran” dan kemudiannya diambil sebagai nama bagi daerah ini.

PENGENALAN HOSPITAL TUARAN

Perkhidmatan Kesihatan telah bermula di Daerah Tuaran seawal tahun 1933. Pada ketika itu ia hanya dikenali sebagai Dispensari Tuaran yang dibina oleh British Charted Company dan dikendalikan oleh seorang “Dresser” (Penolong Pegawai Perubatan) dan seorang “Attendant” (Pembantu Perawatan Kesihatan).

Sehingga pada tahun 1989, kerajaan di bawah Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah menggantikan Dispensari Tuaran dengan menyewa sebuah bangunan kedai dan dinamakan Poliklinik Tuaran sementara menunggu Hospital Tuaran Fasa 1 (yang ada pada masa ini) untuk disiapkan sehingga tahun 1992.

Hospital Tuaran yang ada pada ketika ini telah siap dibina dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1993. Hospital ini telah dirasmikan oleh mantan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YB Dato’ Lee Kim Sai pada 8 April 1994. Kini Hospital Tuaran Fasa II sedang dalam pembinaan yang akan memuatkan sebanyak 76 buah katil yang dinantikan oleh seluruh penduduk Daerah Tuaran selama hampir 20 tahun dan dijangka siap pada bulan Mei 2013.
  Print article


Sila login emel anda di sini

Kalendar
Ogos 2020
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31          
Undian
Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan serta layanan yang telah diberikan di Hospital ini?
Sangat Setuju 27% (42)
Setuju 15% (23)
Sederhana 9% (14)
Tidak Setuju 9% (15)
Sangat Tidak Bersetuju 38% (59)
Jumlah Undian: 153
Bancian ini akan ditutup pada 2020/6/30 9:14
Mutiara Kata
Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan. Sedangkan bersyukur akan senantiasa membawa kita pada jalan kemudahan.
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tuaran 2020 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.