Portal Rasmi Hospital Tuaran | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pilihan Bahasa
Kalendar Mini
November 2014
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30            
Senarai Aktiviti
Tiada Aktiviti untuk dipaparkan

:: Senarai Aktiviti
Mutiara Kata
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.
Kod QR Hospital Tuaran

Kod QR

Klik / Imbas Gambar

Media Sosial
FacebookFeed

Informasi > Profil Jabatan > Pengenalan

Pengenalan

PENGENALAN DAERAH TUARAN


Daerah Tuaran terletak di bahagian persisir Pantai Barat Negeri Sabah, menuju ke Bahagian Pantai Barat Utara negeri dari Bandaraya Kota Kinabalu. Ia merangkumi empat daerah kecil iaitu Tuaran, Tamparuli, Tenghilan, dan Kiulu dengan keluasan keseluruhannya seluas 1166 km persegi dan jumlah penduduk seramai lebih dari 126,000 orang (anggaran pada tahun 2011 melalui laman web Pejabat Daerah Tuaran).


Tiga suku kaum utama yang menetap di daerah ini ialah kaum Kadazan Dusun, Bajau dan Cina. Manakala pekerjaan utama penduduk ialah petani, nelayan dan peniaga. Asal-usul perkataan Tuaran dikatakan berasal daripada perkataan “Tawaran” di mana pada suatu ketika dahulu penduduk yang  terdiri daripada  pelbagai  kaum  membuat pertukaran hasil  tani dan laut  dengan lain-lain hasil pada hari tamu secara tawar-menawar (Barter Trade). Lama-kelamaan perkataan “Tawaran” telah bertukar menjadi “Tuaran” dan kemudiannya diambil sebagai nama bagi daerah ini.



PENGENALAN HOSPITAL TUARAN


Perkhidmatan Kesihatan telah bermula di Daerah Tuaran seawal tahun 1933. Pada ketika itu ia hanya dikenali sebagai Dispensari Tuaran yang dibina oleh British Charted Company dan dikendalikan oleh seorang “Dresser” (Penolong Pegawai Perubatan) dan seorang “Attendant” (Pembantu Perawatan Kesihatan).

Sehingga pada tahun 1989, kerajaan di bawah Pengurusan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah telah menggantikan Dispensari Tuaran dengan menyewa sebuah bangunan kedai dan dinamakan Poliklinik Tuaran sementara menunggu Hospital Tuaran Fasa 1 (yang ada pada masa ini) untuk disiapkan sehingga tahun 1992.


Hospital Tuaran yang ada pada ketika ini telah siap dibina dan mula beroperasi sepenuhnya pada tahun 1993. Hospital ini telah dirasmikan oleh mantan Menteri Kesihatan Malaysia iaitu YB Dato’ Lee Kim Sai pada 8 April 1994.  Kini Hospital Tuaran Fasa II sedang dalam pembinaan yang akan memuatkan sebanyak 76 buah katil yang dinantikan oleh seluruh penduduk Daerah Tuaran selama hampir 20 tahun dan dijangka siap pada bulan Mei 2013.



 

Carian
 
Tahukah Anda ?
Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
Bancian
Apakah pendapat anda tentang portal ini
Amat Baik 66% (33)
Baik 10% (5)
Boleh Diperbaiki 18% (9)
Sederhana 6% (3)
Jumlah Undian: 50
Bancian ini akan ditutup pada 2013/9/3 13:56
Hak Cipta Terpelihara © Portal Rasmi Hospital Tuaran 2014 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.