Laman Web Rasmi Hospital Tuaran | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Kalendar
April 2020
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
Mutiara Kata
Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan. Sedangkan bersyukur akan senantiasa membawa kita pada jalan kemudahan.
Pautan

Kod QR

Klik / Imbas Gambar

FacebookFeed

Unit Kerja Sosial Perubatan


UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN HOSPITAL TUARAN


OBJEKTIF
  • Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.

  • Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.

  • Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khdimat terapi sokongan.


VISI
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.


MISI
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.


PIAGAM PELANGGAN
  • Setiap pelanggan akan diberi layanan yang baik, sama-rata mengikut giliran, mesra, bertimbang rasa, penuh hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.

  • Setiap pelanggan akan diberi bantuan yang sewajarnya mengikut keperluan dan kelayakan secara adil dan saksama.

  • Memberi perkhidmatan secara telus dan professional.

  • Menjaga kehormatan dan kerahsiaan para pelanggan dan hanya akan diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya atau tertakluk kepada undang-undang.

  • Masa tindakbalas awal rujukan pesakit bagi perkhidmatan kerja sosial perubatan adalah dalam tempoh dua hari bekerja.


FUNGSI DAN PERANAN

1) Memberi Perkhidmatan Biopsikososial dan Kaunseling Kerja Sosial kepada pelanggan melalui teknik dan metodologi kaunseling kerja sosial serta Akta dan Undang-undang Sosial yang berkaitan (Contoh: Akta Keganasan Rumahtangga 1994, Akta Kanak-kanak 2001).

2) Memberi Perkhidmatan Pemulihan dan Pencegahan Sosial memberi tumpuan kepada keperluan sokongan pemulihan daripada kecederaan/penyakit dimana bantuan peralatan seperti kerusi roda, cermin mata, cruthes, kaki palsu, pendidikan atau latihan khas dan sebagainya sesuai dengan batas keupayaan pesakit. ‘Discharge Planning’ juga dikendalikan bagi kes-kes warga tua, pesakit yang tidak mempunyai keluarga/diabaikan oleh keluarga, kes kematian dan sebagainya.

3) Memberi Perkhidmatan Kebajikan Am tertumpu kepada penilaian sosio ekonomi dan Bantuan Kebajikan bagi pelbagai masalah kewangan, penginapan, urusan rawatan dan sebagainya dan melibatkan pengurusan pesakit bagi memudahkan rancangan rawatan lanjut di luar Hospital.


CARTA ORGANISASI UNIT KERJA SOSIAL PERUBATAN

  Print article


Sila login emel anda di sini

Bahasa
Carian
Undian
Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan serta layanan yang telah diberikan di Hospital ini?
Sangat Setuju 26% (39)
Setuju 15% (23)
Sederhana 8% (13)
Tidak Setuju 10% (15)
Sangat Tidak Bersetuju 39% (59)
Jumlah Undian: 149
Bancian ini akan ditutup pada 2020/2/29 12:00
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tuaran 2020 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.