Laman Web Rasmi Hospital Tuaran | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pautan

Kod QR

Klik / Imbas Gambar

FacebookFeed

Unit Perpustakaan

MAKLUMAT LAWAN SESAWANG HOSPITAL TUARAN.

PENGENALAN
Perpustakaan ini adalah perpustakaan yang di naik taraf melalui pembinaan Hospital Tuaran Fasa II dan memulakan operasi pada bulan Jun 2014. Sebelum ini, perpustakaan mini yang terletak di Hospital Tuaran dikendalikan oleh Juru x-ray U32.Keluasan Perpustakaan yang baharu adalah 64M² yang boleh menempatkan 16 pembaca dan 4 pengguna komputer dalam satu-satu masa. Perpustakaan yang baru terletak di Aras 1, Bangunan Hospital Tuaran Fasa II. Perpustakaan ini dikendalikan oleh seorang Penolong Pustakawan Gred S29 dan dibantu oleh Pembantu Perpustakaan Gred S19.

VISI
  • Menjadi pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan kakitangan Hospital Tuaran yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.

MISI
  • Menjadi pusat sumber rujukan dalam menyokong pembelajaran berterusan bagi membina modal insan yang berpengetahuan sejajar dengan keperluan dalam perkhidmatan.

  • Menyediakan perkhidmatan maklumat dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan bacaan kakitangan Hospital Tuaran.

OBJEKTIF
  • Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti lengkap, sistematik dan terkini.

  • Untuk mencapai mutu perkhidmatan yang optimum dengan meningkatkan pengetahuan kakitangan selaras dengan misi hospital.

  • Menyokong semua pembelajaran, pengajaran, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyedia dan memaksimumkan pelbagai jenis bahan perpustakaan dan kemudahan teknologi maklumat.

  • Memberi khidmat menyalurkan sumber ilmu dan membekalkan bahan rujukan kepada kakitangan Hospital Tuaran.

  • Mempromosi budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia terutamanya kakitangan Hospital Tuaran.

PIAGAM PELANGGAN
  • Berusaha menyediakan koleksi yang lengkap dan teratur ke arah membentuk satu pusat kecemerlangan maklumat

  • Menyediakan perkhidmatan kaunter yang cekap dan selesa kepada pengguna; dan

  • Segala pertanyaan rujukan akan diberi maklum balas dengan serta merta atau dalam jangka waktu yang ditetapkan.

KEWAJIBAN PELANGGAN
  • Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh perpustakaan.

  • Berkelakuan sopan dan saling menghormati sesama pengguna dan kakitangan perpustakaan.

  • Bertanggungjawab ke atas bahan perpustakaan dan peralatan ICT yang dirujuk, dipinjam dan yang digunakan.

SKOP PERKHIDMATAN
  • Merancang, menyelaras dan menyediakan perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan maklumat organisasi selaras dengan bidang pengkhususan organisasi.Memberi perkhidmatan yang cepat dan tepat serta dapat memenuhi keperluan pengguna berdasarkan teknologi maklumat dan komunikasi terkini supaya dapat digunakan secara maksimum dalam meningkat dan mempelbagaikan perkhidmatan.

AKTIVITI PERKHIDMATAN

1) Pendaftaran Keahlian
2) Sirkulasi
3) Perkhidmatan Komputer
4) Perkhidmatan Kesedaran Masa

WAKTU PERKHIDMATAN

HARI
WAKTU
ISNIN - KHAMIS
8.30 PAGI - 4.30 PETANG
JUMAAT
8.30 PAGI - 11.30 PAGI
2.30 PETANG - 4.30 PETANG
SABTU, AHAD & CUTI UMUM
TUTUP



  Print article


Sila login emel anda di sini

Kalendar
Ogos 2020
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31          
Undian
Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan serta layanan yang telah diberikan di Hospital ini?
Sangat Setuju 27% (42)
Setuju 15% (23)
Sederhana 9% (14)
Tidak Setuju 9% (15)
Sangat Tidak Bersetuju 38% (59)
Jumlah Undian: 153
Bancian ini akan ditutup pada 2020/6/30 9:14
Mutiara Kata
Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan. Sedangkan bersyukur akan senantiasa membawa kita pada jalan kemudahan.
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tuaran 2020 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.