Laman Web Rasmi Hospital Tuaran | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Kalendar
April 2020
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
Mutiara Kata
Mengeluh hanya akan membuat hidup kita semakin tertekan. Sedangkan bersyukur akan senantiasa membawa kita pada jalan kemudahan.
Pautan

Kod QR

Klik / Imbas Gambar

FacebookFeed

Unit Perkhidmatan Radiologi (X-Ray)

UNIT PERKHIDMATAN RADIOLOGI (X-RAY)

OBJEKTIF
  • Objektif utama Unit Pengimejan Diagnostik adalah menyediakan perkhidmatan radiologi dan pengimejan yang cekap,tepat dan berkualiti tanpa mengira masa dengan menggunakan modaliti terkini disamping memastikan perlindungan radiasi dapat dilakukan dengan sempurna dan terjamin.
  • Mewujudkan suasana kerja yang selesa dan selamat kepada pesakit dan dapat bekerjasama dengan semua anggota serta mengurangkan kesan birokrasi yang tidak melibatkan prosedur dan undang-undang.

VISI
Unit Pengimejan Diagnostik akan menjadi pusat perkhidmatan sokongan perubatan yang berkualiti melalui tenaga kerja yang bertanggungjawab dan berkemahiran terkini.

MISI
Penyayang,kerja berpasukan dan profesionalisme diamalkan dikalangan anggota,untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada pesakit,orang awam dan warga hospital disamping mengutamakan perlindungan radiasi yang paling maksima serta menggalakkan anggota mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam tugas melalui pembelajaran berterusan ke arah mencapai kepuasan pelanggan.

PIAGAM PELANGGAN
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pelanggan diberi jaminan bahawa kehormatannya terpelihara semasa menjalani pemeriksaan X-Ray.
  • Setiap pelanggan akan diberikan penerangan yang jelas mengenai prosedur Pemeriksaan X-Ray termasuk risikonya.
  • Setiap pelanggan yang memerlukan temujanji diberi tarikh yang sesuai serta penerangan tentang prosedur persediaan sebelum Pemeriksaan X-Ray.
  • Masa untuk menjalani Pemeriksaan X-Ray biasa (bagi satu prosedur /satu jenis pemeriksaan) sehingga pelanggan mendapat filemnya adalah dalam masa 30 minit.


NOTA: MASA MENUNGGU UNTUK PEMERIKSAAN X-RAY BIASA ADALAH TIDAK TERMASUK SEMASA PENGENDALIAN PEMERIKSAAN X-RAY BAGI KES-KES KECEMASAN.

PERKHIDMATAN
- Pemeriksaan X-Ray Biasa :
  • Rangka Kepala
  • Dada
  • Abdomen
  • Pelvis
  • Anggota Atas
  • Anggota Bawah
  • Tulang Vertebra


MASA PERKHIDMATAN
-Isnin hingga Khamis :
  • 8:00 pagi - 1:00 tengahari
  • 2:00 petang - 5:00 petang

-Jumaat :
  • 8:00 pagi - 11:30 pagi
  • 2:00 petang - 5:00 petang

Selepas masa pejabat, Sabtu, Ahad dan Hari Kelepasan Am - Tugas Atas Panggilan untuk kes-kes kecemasan sahaja.
  Print article


Sila login emel anda di sini

Bahasa
Carian
Undian
Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan serta layanan yang telah diberikan di Hospital ini?
Sangat Setuju 26% (39)
Setuju 15% (23)
Sederhana 8% (13)
Tidak Setuju 10% (15)
Sangat Tidak Bersetuju 39% (59)
Jumlah Undian: 149
Bancian ini akan ditutup pada 2020/2/29 12:00
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tuaran 2020 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.