Farmasi
VISI
Melahirkan warga Tuaran yang berpengetahuan tentang penggunaan produk kesihatan secara rasional.
MISI
Misi Perkhidmatan Farmasi adalah untuk memastikan semua warga Malaysia memperolehi Produk Farmaseutikal dan Produk Pemeliharaan Kesihatan yang berkualiti, selamat dan berkesan termasuk nasihat mengenai penggunaannya secara rasional.
OBJEKTIF
- Memberikan perkhidmatan Farmasi yang cekap dan berkesan kepada pelanggan-pelanggan Unit Farmasi.
- Mendispens (Membekalkan) ubat-ubatan yang dipreskrib oleh preskriber kepada pesakit luar.
- Membekalkan ubat kepada pelanggan-pelanggan dalaman yang lain dan memastikan ubat-ubatan tersebut dalam keadaan yang selamat dan berkesan.
- Memperbaiki pengetahuan pesakit terhadap ubat-ubatan yang diterima di Farmasi Pesakit Luar.
PIAGAM PELANGGAN
- Setiap pelanggan akan dilayan secara profesional tanpa mengira keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.
- Memastikan ubat-ubatan dibekalkan kepada pelanggan dalam masa 30 minit.
- Semua pelanggan layak menyertai Program Sistem Temujanji Farmasi atau Pharmacy Appointment System (PhAS) yang ditawarkan iaitu SMS & AMBIL untuk mendapatkan bekalan ubat susulan.
PERKHIDMATAN
- SMS dan AMBIL
- Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu
- Kaunseling Ubat