Laman Web Rasmi Hospital Tuaran | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pautan

Kod QR

Klik / Imbas Gambar

FacebookFeed

Unit Kecemasan dan Trauma

KECEMASAN DAN TRAUMA

OBJEKTIF
  • Mengendalikan kes kecemasan dan memberi rawatan kecemasan secara profesional, berkesan dan cekap kepada pesakit.
  • Menyediakan Perkhidmatan Ambulans.
  • Menyediakan kakitangan yang mahir dan cekap dalam memberikan perkhidmatan kes-kes kecemasan.
  • Sentiasa memberi layanan perkhidmatan yan baik, mesra, bertimbang rasa dan bersopan kepada semua pesakit tanpa mengira bangsa dan agama.


PERKHIDMATAN
Pesakit-pesakit yang memerlukan RAWATAN KECEMASAN akan diberi keutamaan mengikut Sistem ‘TRIAGE’ seperti berikut :-

-MERAH(ZON KRITIKAL) - Keutamaan 1
  • Sakit dada dan sesak nafas
  • Jantung berhenti berfungsi
  • Kesuaran bernafas dan masalah di saluran pernafasan
  • Sedang sawan
  • Pesakit kencing manis tidak sedarkan diri
  • Koma
  • Keracunan teruk / Pengambilan ubat yang berlebihan
  • Demam dengan suhu badan melebihi 40.5 darjah celcius
  • Pendarahan teruk yang tidak terkawal / tidak diketahui puncanya
  • Mengalami renjatan
  • Kecederaan tulang belakang yang teruk
  • Kecederaan kepala yang teruk
  • Luka terbuka di dada dan perut
  • Kecederaan-kecederaan lain yang teruk
  • Masalah kehamilan seperti tumpah darah


-KUNING(ZON SEPARA KRITIKAL)-Keutamaan 2
  • Masalah jangkitan saluran pernafasan disertai sakit dada yang teruk
  • Demam dengan suhu badan melebihi 39.5 hingga 40.5 darjah celcius
  • Luka terbakar
  • Kepatahan teruk lebih daripada satu tulang
  • Tidak sedarkan diri
  • Kecederaan belakang tanpa ataupun melibatkan tulang belakang
  • Muntah berterusan
  • Dalam kesakitan yang teruk
  • Dalam keadaan yang panik
  • Disyaki terlibat dalam pengambilan ubat yang berlebihan
  • Disyaki keracunan
  • Bayi yang berumur 1 tahun kebawah
  • Pesakit yang berumur 70 tahun keatas


-HIJAU(ZON TIDAK KRITIKAL)-Keutamaan 3
  • Kes 'One Stop Centre'(Kes rogol / Penderaan
  • Masalah psikiatrik (Masalah mental)
  • Kepatahan tulang
  • Pendarahan yang kecil dan ringan
  • Sendi terkehel
  • Pemasangan tiub kecil
  • Untuk mengeluarkan benda asing
  • Lain-lain kes yang memerlukan rawatan pertolongan kecemasan
  • Kecederaan kecil yang tidak kritikal
  • Kes-kes biasa yang boleh mendapat rawatan di Jabatan Pesakit Luar seperti demam ringan, penyakit kulit, batuk, sakit tekak, cirit birit yang ringan, kehabisan bekalan ubat, terlepas temujanji, kes rujukan dan kes kronik penyakit ulangan yang ringan

  Print article


Sila login emel anda di sini

Kalendar
Ogos 2020
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
            1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30 31          
Undian
Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan serta layanan yang telah diberikan di Hospital ini?
Sangat Setuju 27% (42)
Setuju 15% (23)
Sederhana 9% (14)
Tidak Setuju 9% (15)
Sangat Tidak Bersetuju 38% (59)
Jumlah Undian: 153
Bancian ini akan ditutup pada 2020/6/30 9:14
Mutiara Kata
Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tuaran 2020 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.