Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan, Kebersihan & Keceriaan
Kategori : Berita Terkini

Majlis Pelancaran Kempen Kesedaran Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan Hospital melalui konsep Taman Terapeutik, Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) serta Kebersihan Tandas akan diadakan pada 03 Oktober 2014 bersamaan 8 Zulhijjah 1435H dan dijangka akan dirasmikan sendiri oleh Pengarah Hospital Tuaran iaitu Y.Bhg. Dr. G. Mohan A/L Gopal Naidoo.  Seramai 100 orang peserta yang terdiri dari kalangan kakitangan hospital dari pelbagai jawatan akan mengambil bahagian kempen pada kali ini.  Majlis akan bermula seawal jam 8:00 pagi sehingga jam 4:00 petang dengan diikuti pelbagai acara yang telah disusun atur oleh Jawatankuasa Penganjur.