Majlis Berbuka Puasa 1435H / 2014M
Kategori : Berita Terkini

PERKIPS Tuaran telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa 1435H/2014M pada 11 Julai 2014 bersamaan 13 Ramadhan 1435H bertempat di Surau Hospital Tuaran mulai jam 5:30 petang. Pelbagai aktiviti dijalankan pada hari tersebut iaitu Tazkirah Ramadhan, Solat Fardhu Maghrib, Solat Fardhu Isya', Solat Sunat Terawih disamping Majlis Berbuka Puasa dan Makan Malam Ramadhan. Tetamu jemputan ialah Pengarah Hospital Dr. G. Mohan A/L Gopal Naidoo dan isteri dan Tuan Hj. Zamri Baharuddin Pengerusi PERKIPS Induk Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.