Hari Keluarga & Ulangtahun Ke-20 Hospital Tuaran
Kategori : Berita Terkini

Hospital Tuaran akan menganjurkan Majlis Sambutan Hari Keluarga Dan Ulangtahun Ke-20 Hospital Tuaran pada 27 April 2014 (Ahad) bertempat di Karambunai Lagoon Park.  Sambutan ini dijangka akan dirasmikan oleh Y. Bhg. Dr. Christina Rundi, Pengarah Kesihatan Negeri Sabah dan beberapa orang jemputan khas dari pelbagai jabatan juga akan turut serta dalam sambutan ini.  

Pelbagai aktiviti yang disusun atur akan dilangsung pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan pada kali ini antaranya acara tarik tali, pertandingan memasak tradisional, mencari harta karun dan banyak lagi serta Pelancaran Buletin Nadi Hayat Edisi Ke-4.

Pengarah Hospital Tuaran (Dr. G. Mohan) amat berbesar hati menjemput semua kakitangan beserta keluarga dari Hospital Tuaran, Klinik Pergigian Tuaran, Unit Kesihatan dan Faber Medi-Serve ke majlis sambutan ini.