Majlis Penyerahan Projek Hospital Tuaran Fasa II
Kategori : Berita Terkini

Pihak kontraktor yang dipertanggungjawabkan untuk membina Hospital Tuaran Fasa II iaitu WCT Berhad akan mengadakan satu Majlis Penyerahan Projek Hospital Tuaran Fasa II pada 16 April 2014.  Majlis ini akan berlangsung di Lobi Utama hospital baru dan akan dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Kementerian Kesihatan Malaysia, Jabatan Kerja Raya Malaysia serta jemputan-jemputan khas yang lain.  Majlis akan meliputi acara menandatangani Borang Penyerahan Projek dan Penyerahan Replika (Mock Up) Kunci daripada pihak WCT Berhad dan diserahkan kepada JKR Malaysia seterusnya kepada KKM.