Lawatan Amal
Kategori : Berita Terkini

Hospital Tuaran yang diketuai oleh Dr. G. Mohan, Pengarah Hospital bersama anggota-anggotanya akan membuat Lawatan Amal Ke Rumah Kanak-Kanak Don Bosco, Bundu Tuhan pada 25 januari 2014 (Sabtu).  Lawatan amal ini adalah aktiviti tahunan yang dilakukan sejak 2009 lagi.  Antara aktiviti yang akan dijalankan pada masa itu adalah sumbangan daripada unit-unit di Hospital Tuaran untuk diberikan kepada Rumah Kanak-Kanak tersebut, nyanyian, tarian dan pelbagai lagi dengan tujuan dapat menggembirakan kanak-kanak yang menghuni rumah tersebut.