Laman Web Rasmi Hospital Tuaran (https://htuaran.moh.gov.my)

Sihat Dan Berkualiti

Majlis Sambutan Derma Dan Tanam Pokok Siri 1

Category : Berita Terkini

Hospital Tuaran dan Jawatankuasa Taman Terapeutik Hospital akan menganjurkan satu majlis 3 dalam 1 iaitu Majlis Sambutan Derma & Tanam Pokok Siri 1, Majlis Penghargaan kepada Ahli Lembaga Pelawat Hospital (ALPH) Sesi 2010-2013 dan Kempen Kesedaran Penyakit Diabetes/HIV/AIDS Peringkat Hospital Tuaran pada 27 Disember 2013 (Jumaat).  Majlis ini dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen P.170 Tuaran.

Pihak hospital juga telah menjemput beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan serta wakil-wakil kampung disekitar Daerah Tuaran bagi memeriahkan lagi majlis 3 dalam 1 ini. Majlis ini juga dijangka akan berlangsung dari jam 8:00 pagi hingga 10:00 pagi.