Laman Web Rasmi Hospital Tuaran | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Pautan

Kod QR

Klik / Imbas Gambar

FacebookFeed

Artikel > Galeri Artikel > Lawatan Amal ke Rumah Kanak-Kanak Don Bosco (21.01.2017)

Lawatan Amal ke Rumah Kanak-Kanak Don Bosco (21.01.2017)

LAWATAN KERJA AMAL HOSPITAL TUARAN KE RUMAH KANAK-KANAK DON BOSCO, BUNDU TUHAN, RANAU PADA 21 JANUARI 2017 SEMPENA TAHUN BARU DAN MUSIM PERAYAAN TAHUN 2017 KALI KE-9.



Pada 21 Januari 2017 yang lalu, Hospital Tuaran sekali lagi telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Kanak-Kanak Don Bosco di Kampung Bundu Tuhan, Kundasang bersempena dengan musim perayaan dan Tahun Baru 2017, kira-kira 1 jam perjalanan dari daerah Tuaran. Lawatan amal ini merupakan salah satu aktiviti rutin yang dijalankan oleh Hospital Tuaran setiap tahun. Rombongan lawatan ini disertai oleh sekitar 30 orang yang terdiri daripada kakitangan Hospital Tuaran yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr. G. Mohan A/L A. Gopal Naidoo.

Beliau dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa aktiviti seperti ini telah menjadi salah satu agenda utama hospital kerana menurut beliau, kesemua kanak-kanak di rumah ini juga memerlukan kasih sayang seperti kanak-kanak lain, maka dengan lawatan ini serba sedikit akan dapat menceriakan dan menggembirakan mereka khasnya semasa musim perayaan begini.

Beberapa akitiviti menarik turut diadakan, antaranya adalah persembahan tarian singa dari Kelab Tarian Singa St. Phillip Tamparuli serta persembahan nyanyian dan tarian yang disampaikan oleh para kanak-kanak rumah ini. Sumbangan berupa wang tunai, makanan dan barang-barang keperluan harian turut disampaikan dan diterima oleh wakil Pengurus Rumah Kanak-Kanak Don Bosco iaitu Sr. Anne Marie.

 

Navigasi Artikel
Previous article Karnival Hari Kesihatan Kiulu (17.05.2016) Lawatan Kerja Ketua Pengarah Kesihatan (06.05.2017) Next article

Sila login emel anda di sini

Carian
 
Pilihan Bahasa
Kalendar Mini
Disember 2017
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
          1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31            
Mutiara Kata
"If you don't know where you are going, any road will get you there." - Lewis Carroll
Bancian
Adakah anda berpuashati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan di Hospital ini?
Sangat Berpuashati
Berpuashati
Sederhana
Tidak Berpuashati
Sangat Tidak Berpuashati
Jumlah Undian: 58
Bancian ini akan ditutup pada 2017/12/31 3:05
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tuaran 2017 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.