Laman Web Rasmi Hospital Tuaran | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Menu Navigasi
Kalendar
April 2020
Ah Is Se Ra Kh Ju Sa
      1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30    
Mutiara Kata
Sesiapa dalam keadaan badan sihat, aman dalam penghidupan dan ia memiliki makanan sehari-hari yang cukup, maka seolah-olah dunia ini miliknya.
Pautan

Kod QR

Klik / Imbas Gambar

FacebookFeed

Lawatan Amal ke Rumah Kanak-Kanak Don Bosco (20.02.2016)

LAWATAN KERJA AMAL HOSPITAL TUARAN KE RUMAH KANAK-KANAK DON BOSCO, BUNDU TUHAN, RANAU PADA 20 FEBRUARI 2016 SEMPENA TAHUN BARU DAN MUSIM PERAYAAN TAHUN 2016 KALI KE-8.





Pada 20 Februari 2016 yang lalu, Hospital Tuaran telah mengadakan lawatan amal ke Rumah Kanak-Kanak Don Bosco di Kampung Bundu Tuhan, Kundasang bersempena dengan musim perayaan dan Tahun Baru 2016, kira-kira 1 jam perjalanan dari daerah Tuaran. Lawatan amal ini merupakan salah satu aktiviti rutin yang dijalankan oleh Hospital Tuaran setiap tahun. Rombongan lawatan ini disertai oleh sekitar 30 orang yang terdiri daripada Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan kakitangan Hospital Tuaran yang diketuai oleh Pengarahnya, Dr. G. Mohan A/L A. Gopal Naidoo.

Beliau dalam ucapan alu-aluannya menyatakan bahawa aktiviti seperti ini telah menjadi salah satu agenda utama hospital kerana menurut beliau, kesemua kanak-kanak di rumah ini juga memerlukan kasih sayang seperti kanak-kanak lain, maka dengan lawatan ini serba sedikit akan dapat menceriakan dan menggembirakan mereka khasnya semasa musim perayaan begini.

Beberapa akitiviti menarik turut diadakan, antaranya adalah persembahan nyanyian dan tarian yang disampaikan oleh para kanak-kanak rumah ini. Sumbangan berupa wang tunai, makanan dan barang-barang keperluan harian turut disampaikan dan diterima oleh wakil Pengurus Rumah Kanak-Kanak Don Bosco iaitu Sr. Anne Marie.



  Print article


Sila login emel anda di sini

Bahasa
Carian
Undian
Adakah anda berpuashati dengan perkhidmatan serta layanan yang telah diberikan di Hospital ini?
Sangat Setuju 26% (39)
Setuju 15% (23)
Sederhana 8% (13)
Tidak Setuju 10% (15)
Sangat Tidak Bersetuju 39% (59)
Jumlah Undian: 149
Bancian ini akan ditutup pada 2020/2/29 12:00
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Hospital Tuaran 2020 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.